APEC 2020: Kemunculan di hujung penggal, 'keanehan' Donald Trump curi tumpuan
Harits Asyraf Hasnan
November 20, 2020 22:26 MYT
November 20, 2020 22:26 MYT
KUALA LUMPUR: Selepas tiga tahun tidak berada di pentas Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC), Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump muncul pada Mesyuarat Pemimpin Ekonomi APEC (AELM) malam ini.
Seiring penganjurannya secara maya susulan COVID-19, Sekretariat APEC 2020 menetapkan Bangunan Perdana Putra sebagai latar belakang maya para pemimpin.
Namun, Trump tidak menggunakan latar belakang maya tersebut, sebaliknya mengekalkan latar belakang pejabatnya.
Turut mencuri tumpuan adalah pemakaian tali leher dan skaf oleh para pemimpin.
Walaupun tidak semua yang memakainya, namun Trump merupakan antara pemimpin yang memilih untuk memakainya.
Tali leher dan skaf tersebut merupakan sebahagian tanda kenangan dari tuan rumah, Malaysia kepada para pemimpin.
Sejak 2017, Trump tidak menyertai sebarang mesyuarat APEC dan Sidang Kemuncak ASEAN.