KUALA LUMPUR: Tan Sri Mohamed Apandi Ali gagal mengawal perasaan dan menangis ketika memberi keterangan pada perbicaraan kes saman beliau terhadap Penasihat DAP, Lim Kit Siang yang didakwa memfitnahnya dalam satu artikel berhubung skandal 1Malaysia Development Berhad (1MDB) di Mahkamah Tinggi di sini pada Rabu.
Babak penuh emosi itu berlaku ketika Mohamed Apandi menjawab soalan peguamnya, M Visvanathan pada hari ketiga perbicaraan di hadapan Hakim Datuk Azimah Omar berhubung tempoh beliau menyandang jawatan Peguam Negara (AG) dari 2015 hingga 2018.
Soalan itu berkisar tentang artikel berita asing berhubung skandal tersebut yang dibangkitkan peguam Kit Siang pada Selasa dan Mohamed Apandi berkata, ia adalah laporan berita The New York Times dan ditulis sejurus selepas sidang akhbarnya pada 26 Januari 2016.
Sebagai AG, Mohamed Apandi memikul dua tanggungjawab iaitu sebagai penasihat undang-undang kepada kerajaan dan pendakwa raya, jadi beliau tidak mempunyai masa untuk membaca akhbar tempatan atau luar negara.
"Sebagai pendakwa raya, terdapat beribu-ribu kertas siasatan di seluruh negara yang perlu saya teliti sebelum diagihkan kepada pegawai di negeri terbabit kecuali kes berprofil tinggi, saya begitu sibuk. Saya juga tidak dapat mengambil cuti kerana ini bukan satu tugas yang mudah. Ia sememangnya satu tanggungjawab yang amat berat dan telah menyebabkan kesihatan saya terjejas.
"Saya kini menjalani pemeriksaan di Institut Jantung Negara (IJN) disebabkan tekanan,” katanya.
Mohamed Apandi berkata, beliau dilantik sebagai AG pada usia 65 tahun dan tidak memiliki jumlah tahun perkhidmatan yang mencukupi untuk menerima pencen penuh.
"Itulah pengorbanan yang saya lakukan apabila saya diberi tugas sebagai AG dan jawatan AG bukan jawatan yang berpencen. Ia adalah jawatan kontrak.
"Terima kasih kerana membenarkan saya meluahkan semua ini. Saya pendam perkara ini, orang ramai mengutuk saya. Saya minta maaf, saya tak dapat teruskan," kata beliau dengan air mata bercucuran di pipi sambil ditenangkan peguamnya.
Mohamed Apandi juga memaklumkan mahkamah bahawa beliau tidak pernah meminta atau melobi untuk menjadi AG.
"Ketika itu, saya berkhidmat sebagai Hakim Mahkamah Persekutuan dan tidak sabar untuk bersara apabila secara tiba-tiba saya dilantik sebagai AG,” katanya.
Mahkamah kemudian berehat selama sejam sebelum Mohamed Apandi meneruskan keterangannya.
Pada 5 Julai 2019, Mohamed Apandi menyaman Kit Siang dan dalam penyataan tuntutan mendakwa pada 6 Mei 2019, Kit Siang telah menulis dan membawa kepada penerbitan artikel bertajuk ‘Dangerous fallacy to think Malaysia’s on the road to integrity’ dalam Malaysiakini.
Beliau mendakwa perkataan berunsur fitnah dalam artikel itu membawa maksud bahawa beliau telah terlibat dalam jenayah dan bersubahat dalam skandal kewangan 1MDB, seorang individu yang tidak bermoral dan berintegriti, tidak beretika serta telah menyalahgunakan kuasanya ketika menjadi AG.
Mohamed Apandi yang menyandang jawatan AG dari 27 Julai 2015 hingga 4 Jun 2018 mendakwa bahawa perkataan fitnah itu adalah tidak benar dan ditulis dengan niat mencemarkan imej serta kredibilitinya sebagai bekas AG Malaysia bagi meraih publisiti murahan.
Beliau menuntut ganti rugi teruk dan teladan serta ganti rugi am sebanyak RM10 juta, perintah injunksi bagi menghalang Kit Siang atau ejennya daripada terus menerbitkan perkataan yang didakwa berunsur fitnah dan relief lain yang difikirkan sesuai oleh mahkamah.
Perbicaraan bersambung esok.
- Bernama
Bernama
Wed Apr 07 2021

Mohamed Apandi yang menyandang jawatan AG dari 27 Julai 2015 hingga 4 Jun 2018 mendakwa bahawa perkataan fitnah itu adalah tidak benar dan ditulis dengan niat mencemarkan imej serta kredibilitinya. - Bernama
Dividen KWSP dijangka lebih baik bagi tahun 2024 - Amir Hamzah
Prestasi memberangsangkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) pada suku ketiga tahun lepas dijangka memberi pulangan yang baik dari segi dividen kepada pencarumnya
Jenazah ADUN Ayer Kuning selamat dikebumikan
Jenazah Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Kuning Ishsam Shahruddin, selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Rapat Setia, Ipoh pada 10.40 pagi ini
Guru tuisyen ditemukan maut dengan kesan kelar di leher, lengan
Pemangku Ketua Polis Daerah Ipoh Supt Mohamad Sajidan Abdul Sukor berkata pengadu yang merupakan suami kepada wanita itu, membuat laporan polis berkenaan kejadian itu kira-kira 5.30 petang.
Notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning dihantar seawal Selasa - Speaker
Speaker DUN Perak akan menghantar pemakluman notis kekosongan kerusi DUN Ayer Kuning seawal Selasa
Yellow House rasmi pembukaan premis baharu
Pertubuhan Kebajikan Masyarakat Yellow House merasmikan pembukaan premisnya yang dinaik taraf di Kampung Ampang Campuran pada Sabtu.
Polis ditembak mati lelaki bersenjata di Amerika syarikat
Tindakan suspek dipercayai berpunca daripada tindak balas mangsa yang cuba mententeramkan suspek yang sebelum itu menjadikan beberapa kakitangan sebagai tebusan di sebuah hospital.
China kesan satu lagi varian baharu koronavirus
Penyelidik di Institut Virologi di China, di sini telah mengesan satu lagi varian Koronavirus baharu dikenali sebagai HKU5-CoV-2 yang disyaki berpotensi untuk merebak melalui manusia.
Kanak-kanak lapan tahun maut selepas bot terbalik di Panama
Menurut perkhidmatan sempadan kebangsaan Panama (Senafront), sebelum insiden, bot membawa 21 orang penumpang tersebut meneruskan perjalanan meskipun amaran cuaca buruk telah dikeluarkan.

Enam maut, bumbung pusat beli-belah runtuh di Peru
Pihak berkuasa menjelaskan bahawa struktur yang runtuh bukan sekadar kanopi ringan, sebaliknya merupakan binaan kukuh yang jatuh tepat di kawasan taman permainan kanak-kanak dalam medan selera.
AWANI Ringkas: 12 termasuk kanak-kanak, bayi terperangkap dalam lif
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah
Peguam Mohamad Apandi, M. Visvanathan ketika dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran kes itu.

Apandi fail kebenaran merayu berhubung keputusan mahkamah tolak saman terhadap Kit Siang
Mohamed Apandi telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi meneruskan rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

Saman fitnah: Mahkamah Rayuan tetapkan 10 Okt keputusan rayuan Mohamed Apandi
Menurut hakim, keputusan mahkamah akan disampaikan secara fizikal di mahkamah terbuka pada 10 Okt ini.

1MDB: BNM syor denda RM23 juta, tapi Peguam Negara kurangkan kepada RM15 juta - Zeti
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mendedahkan di Mahkamah Tinggi bahawa BNM sebenarnya telah mengesyorkan penalti RM23 juta terhadap 1MDB namun AG mengurangkan kepada RM15 juta.

Keterangan Zeti di mahkamah berkaitan 1MDB jelas 'pengabaian tugas' oleh Apandi - Tun M
Pemecatan Apandi tidak dibuat secara salah berdasarkan dakwaan 'pengabaian tugas' yang dilakukan oleh bekas Peguam Negara itu.

Hakim tarik diri dengar rayuan kes saman fitnah Apandi Ali terhadap Kit Siang
Hakim Hanipah Farikullah menarik diri daripada mendengar rayuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah RM10 juta terhadap Lim Kit Siang.

Rayuan kes saman fitnah Apandi Ali terhadap Kit Siang didengar 8 Ogos
Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Ogos untuk mendengar rayuanTan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah RM10 juta yang difailkan beliau terhadap Lim Kit Siang.

Terma penyelesaian kes saman Mohamed Apandi terhadap Tun Mahathir, Kerajaan dikelaskan OSA
Terma-terma penyelesaian berhubung kes saman bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan kerajaan dikelaskan sebagai OSA.

Isu Pulau Batu Puteh: Keputusan tarik kes dibuat atas nasihat pegawai Apandi Ali - Tun M
Bekas Perdana mMenteri itu berkata, pelantikan Apandi sebagai pengerusi Jawatankuasa Kecil Tort of Misfeasance juga mempunyai konflik kepentingan.

Laporan akhir kes kedaulatan Batu Puteh dijangka dibentang ke Kabinet September ini - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, laporan setebal 500 muka surat itu telah diterimanya daripada Pengerusi Pasukan Petugas Khas, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.