KUALA LUMPUR: Mahkamah Tinggi hari ini membenarkan permohonan Tan Sri Mohamed Apandi Ali untuk mendapatkan dokumen atau surat yang menunjukkan perkenan Yang di-Pertuan Agong berkaitan penamatan perkhidmatannya sebagai Peguam Negara pada 2018.
Surat dan dokumen itu bagi membuktikan tuntutan samannya terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan kerajaan Malaysia.
Pesuruhjaya Kehakiman Datuk Seri Latifah Mohd Tahar membuat keputusan itu pada prosiding secara dalam talian hari ini.
Peguam Datuk Abd Shukor Ahmad, yang mewakili Mohamed Apandi ketika dihubungi pemberita berkata mahkamah mengarahkan pihak kerajaan menyerahkan dokumen atau surat tersebut kepada anak guamnya dalam tempoh 21 hari bermula hari ini.
"Mahkamah juga menetapkan 6 Julai untuk pengurusan kes," katanya yang turut memaklumkan prosiding hari ini disertai Peguam Kanan Persekutuan Shamsul Bolhassan, yang mewakili Dr Mahathir dan kerajaan selaku defendan pertama dan kedua.
Bagaimanapun, Abd Shukor berkata mahkamah menolak permohonan anak guamnya bagi mendapatkan surat antara defendan pertama dan kedua (Dr Mahathir dan kerajaan) dengan Yang di-Pertuan Agong dan dokumen lain berkaitan penamatan perkhidmatan Mohamed Apandi sebagai Peguam Negara.
Dalam permohonan yang difailkan pada 11 Dis 2020, Mohamed Apandi selaku plaintif, antara lain memohon satu perintah dikeluarkan oleh mahkamah agar beliau bebas untuk memeriksa dan dibekalkan dengan salinan dokumen atau surat berhubung penamatan perkhidmatannya yang berada dalam milikan, jagaan atau kuasa kedua-dua defendan.
Pada 13 Okt tahun lepas, Mohamed Apandi memfailkan saman dengan menamakan Dr Mahathir dan kerajaan, memohon antara lain perisytiharan bahawa pemecatan beliau sebagai Peguam Negara yang dibuat oleh bekas perdana menteri itu sebagai tidak sah.
Dalam penyataan tuntutannya, Mohamed Apandi yang merupakan Hakim Mahkamah Persekutuan sebelum dilantik sebagai Peguam Negara pada 2015, juga menuntut perisytiharan bahawa defendan pertama telah menyalahgunakan kedudukannya dan bahawa defendan pertama telah mendorong berlakunya pelanggaran kontrak antara beliau dan kerajaan Malaysia.
Mohamed Apandi memohon ganti rugi khas RM2,233,599.36, am, teladan dan/atau punitif, kos dan relif lain yang difikirkan wajar oleh mahkamah.
Dalam penyataan pembelaan difailkan pada 12 Nov 2020, kedua-dua defendan itu menegaskan tindakan menamatkan kontrak perkhidmatan Mohamed Apandi sebagai Peguam Negara adalah sah serta mengikut peruntukan undang-undang dan tiada penyalahgunaan kuasa oleh Dr Mahathir dalam hal tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Tue May 25 2021

Pada 13 Okt tahun lepas, Mohamed Apandi memfailkan saman dengan menamakan Dr Mahathir dan kerajaan, memohon antara lain perisytiharan pemecatan beliau sebagai Peguam Negara yang dibuat oleh bekas perdana menteri itu sebagai tidak sah. - Gambar fail
Agong tiba di Brunei sempena lawatan khas
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, berangkat tiba di Bandar Seri Begawan, Brunei sempena lawatan khas pada Khamis.
DBKL pertimbang senarai hitam, batal lesen peniaga jual tapak Bazar Ramadan
Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) mempertimbangkan untuk mengenakan tindakan pembatalan lesen dan menyenarai hitam mana-mana peniaga yang didapati menjual tapak sewaan Bazar Ramadan kepada pihak ketiga.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata tindakan yang sama mungkin dikenakan kepada pihak ketiga yang menyewa tapak sewaan daripada penerima lesen tersebut.
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan) Dr Zaliha Mustafa berkata tindakan yang sama mungkin dikenakan kepada pihak ketiga yang menyewa tapak sewaan daripada penerima lesen tersebut.
RUU MMM: Dijangka dapat diwujudkan seawal pertengahan tahun ini
Majlis Media Malaysia (MMM) yang diluluskan Dewan Rakyat hari ini dijangka dapat diwujudkan dan memainkan peranannya bermula pertengahan tahun ini.
Sidang Parlimen: Caj kesesakan, inisiatif angkat martabat penghibur jalanan antara tumpuan hari ini
Pelaksanaan caj kesesakan dan inisiatif mengangkat martabat penghibur jalanan di ibu negara dijangka menjadi tumpuan persidangan Dewan Rakyat hari ini.
Kesihatan: Kanak-kanak maut akibat campak, kes pertama di A.S dalam sedekad
Seorang kanak-kanak di Texas Barat, meninggal dunia akibat campak, menjadikannya kematian pertama akibat penyakit berjangkit itu di Amerika Syarikat dalam tempoh sedekad.
Konflik di Ukraine: Trump sahkan Zelensky lawat A.S tandatangani perjanjian mineral
Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, mengesahkan Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskiy akan melawat Washington pada Jumaat bagi menandatangani perjanjian berkaitan mineral nadir bumi.
Politik Lubnan: Kerajaan baharu Lubnan menang undi percaya di Parlimen
Kerajaan baharu Lubnan memenangi undi percaya di parlimen, pada Rabu.
Bangunkan Gaza: Trump kongsi video AI Gaza dibangunankan, cetus kecaman
Akaun media sosial rasmi Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, telah memuat naik satu video yang dipercayai dihasilkan menggunakan kecerdasan buatan (AI) berkenaan Gaza.
Isu Gaza: Pembangunan semula Gaza perlu kestabilan politik
Penasihat diplomatik kepada Presiden Emiriah Arab Bersatu (UAE), Anwar Gargash, menegaskan bahawa pelan pembinaan semula Gaza tidak boleh direalisasikan tanpa adanya laluan yang jelas ke arah penyelesaian dua negara bagi Israel dan Palestin.

Tanaman arwah ibu cetus ilham Hashim Man lakar karya ilustrasi botani
Memori bersama ibu menyuntik semangat Hashim Man dalam menghasilkan karya bagi menjayakan pameran.

Mahkamah tetapkan 14 Mei untuk dengar rayuan Apandi Ali dalam kes saman fitnah
Peguam Mohamad Apandi, M. Visvanathan ketika dihubungi mengesahkan tarikh pendengaran kes itu.

Apandi fail kebenaran merayu berhubung keputusan mahkamah tolak saman terhadap Kit Siang
Mohamed Apandi telah memfailkan permohonan untuk mendapatkan kebenaran bagi meneruskan rayuannya di Mahkamah Persekutuan.

Saman fitnah: Mahkamah Rayuan tetapkan 10 Okt keputusan rayuan Mohamed Apandi
Menurut hakim, keputusan mahkamah akan disampaikan secara fizikal di mahkamah terbuka pada 10 Okt ini.

1MDB: BNM syor denda RM23 juta, tapi Peguam Negara kurangkan kepada RM15 juta - Zeti
Tan Sri Zeti Akhtar Aziz mendedahkan di Mahkamah Tinggi bahawa BNM sebenarnya telah mengesyorkan penalti RM23 juta terhadap 1MDB namun AG mengurangkan kepada RM15 juta.

Keterangan Zeti di mahkamah berkaitan 1MDB jelas 'pengabaian tugas' oleh Apandi - Tun M
Pemecatan Apandi tidak dibuat secara salah berdasarkan dakwaan 'pengabaian tugas' yang dilakukan oleh bekas Peguam Negara itu.

Hakim tarik diri dengar rayuan kes saman fitnah Apandi Ali terhadap Kit Siang
Hakim Hanipah Farikullah menarik diri daripada mendengar rayuan Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah RM10 juta terhadap Lim Kit Siang.

Rayuan kes saman fitnah Apandi Ali terhadap Kit Siang didengar 8 Ogos
Mahkamah Rayuan menetapkan 8 Ogos untuk mendengar rayuanTan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak saman fitnah RM10 juta yang difailkan beliau terhadap Lim Kit Siang.

Terma penyelesaian kes saman Mohamed Apandi terhadap Tun Mahathir, Kerajaan dikelaskan OSA
Terma-terma penyelesaian berhubung kes saman bekas Peguam Negara Tan Sri Mohamed Apandi Ali terhadap bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir dan kerajaan dikelaskan sebagai OSA.

Isu Pulau Batu Puteh: Keputusan tarik kes dibuat atas nasihat pegawai Apandi Ali - Tun M
Bekas Perdana mMenteri itu berkata, pelantikan Apandi sebagai pengerusi Jawatankuasa Kecil Tort of Misfeasance juga mempunyai konflik kepentingan.

Laporan akhir kes kedaulatan Batu Puteh dijangka dibentang ke Kabinet September ini - Wan Junaidi
Wan Junaidi berkata, laporan setebal 500 muka surat itu telah diterimanya daripada Pengerusi Pasukan Petugas Khas, Tan Sri Mohamed Apandi Ali.