Apakah pekerjaan paling mencabar di dunia?
Azyyati Ahmad
Mei 11, 2014 10:55 MYT
Mei 11, 2014 10:55 MYT
Sanggupkah anda menerima kerja yang memerlukan anda berdiri setiap masa, bekerja 135 jam seminggu, tiada cuti, dan tiada gaji?
Paling mencabar adalah bebanan kerja akan bertambah lebih-lebih lagi pada musim perayaan dan tiada masa untuk tidur.
Selain itu, jika anda boleh sentiasa menerima tekanan dan mempunyai ijazah dalam bidang bidang perubatan, kewangan dan seni pemakanan, anda sesuai untuk pekerjaan ini.
Tahukah anda, pekerjaan apakah yang paling mencabar dan sukar yang dimaksudkan?
Jawapan : Pengarah Operasi
Agensi pekerjaan, Mullen Boston telah memuatnaik secara online satu kekosongan untuk jawatan Pengarah Operasi di Syarikat Rehtom Inc.
Iklan pekerjaan tersebut telah diterbitkan di 14 surat khabar, 29 mesej Craigslist dan iklan Google dan ianya telah mendapat lebih dari 2.7 juta maklumbalas.
Hanya 24 orang sahaja yang berminat dan menghadiri temuduga yang dijalankan secara online menggunakan video camera.
Rata-rata yang menghadirinya, memberi reaksi pelik dan mengatakan ini pekerjaan paling tidak masuk akal buat mereka.
Video berdurasi empat minit telah berjaya membuatkan ramai di luar sana tersentuh dan menitiskan air mata, seterusnya ia menjadi viral di media sosial.
Ianya telah mendapat lebih 18 juta penonton sejak ianya dimuatnaik pada pertengahan April lalu.
Pengarah Operasi = EMAK