Apakah 'Diplomasi Rakyat' yang dimaksudkan Jokowi?
Astro Awani
Februari 7, 2015 15:25 MYT
Februari 7, 2015 15:25 MYT
Presiden Indonesia, Joko Widodo (Jokowi) sering memperjuangkan diplomasi rakyat yang turut dilihat sebagai kematangan politik negara Indonesia dalam kepimpinannya.
Di Agenda AWANI khas pada Selasa, tiga panel khusus dijemput bagi membincangkan mengenai perkara tersebut dan apa yang boleh dilaksanakan dalam rangka kunjungan pemimpin tertinggi republik itu ke Malaysia pada 5 hingga 7 Februari ini.
Ikuti kupasan mendalam Kamarul Bahrin Haron bersama tiga panel iaitu Pengerusi & Ketua Eksekutif ISIS Malaysia Tan Sri Rasram Mohd Isa, Timbalan Setiausaha Agung MPN & Penolong Naib Canselor UniSZA Prof Dr Kamaruddin Mohd Said dan Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Asia Tenggara, Universiti Malaya Dr Lili Yulyadi Arnakim di bawah tajuk ‘Diplomasi Rakyat Pak Jokowi’.