Apabila Peguam Negara Tommy Thomas berucap dalam bahasa Melayu...
Astro Awani
Julai 12, 2018 19:59 MYT
Julai 12, 2018 19:59 MYT
VIDEO yang menunjukkan Peguam Negara, Tommy Thomas memberi ucapan di dalam bahasa Melayu menjadi tular di media sosial hari ini.
Video berdurasi empat minit itu dimuat naik seorang pengguna FB bernama Shamsul Sulaiman.
Thomas yang sebelum ini dikritik kerana tidak mengutamakan bahasa Melayu semasa sidang media kelihatan membaca teks ucapan semasa Majlis Sambutan Aidilfitri di Jabatan Peguam Negara, Putrajaya.