Apa yang dibenarkan beroperasi 19 Oktober? Ini 5 tumpuan sidang media PKPP

Isabelle Leong
Oktober 17, 2020 16:38 MYT
Pemeriksaan oleh pihak berkuasa ke atas pematuhan SOP PKPP sentiasa dijalankan. - Bernama
KUALA LUMPUR: Gimnasium, padang bola sepak komersial dan pusat futsal dibenarkan beroperasi mulai Isnin depan, 19 Oktober.
Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Sabtu (17 Oktober 2020):
1) Seramai 467 individu ditahan semalam kerana ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
2) Daripada jumlah itu, seramai 460 individu dikompaun, enam lagi direman dan satu dijamin
3) Antara kesalahan ingkar arahan PKP termasuk tidak memakai pelitup muka (182), gagal menyediakan peralatan/rekod butiran diri (110) dan gagal menjaga penjarakan fizikal (106).
4) Kerajaan membenarkan aktiviti di gimnasium untuk beroperasi seperti biasa di kawasan pelaksanaan PKPB bermula Isnin, 19 Oktober.
5) Aktiviti di padang bola sepak dan futsal juga dibenarkan, namun hanya untuk tujuan latihan dan tertakluk kepada 10 orang pada satu-satu masa.
#ismail sabri yaakob #gimnasium #padang bola sepak komersial #pusat futsal #SOP #PKPP #COVID-19 #pandemik
;