Apa yang anda perlu tahu tentang dos ketiga, dos penggalak di Sarawak

Astro Awani
Oktober 13, 2021 17:04 MYT
Berdasarkan data Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, 122,540 penerima tersenarai untuk menerima vaksin dos ketiga dan dos penggalak. - Gambar fail
KUCHING: Sarawak hari ini memulakan pemberian vaksin kepada penduduk di negeri itu. Berdasarkan data Jabatan Kesihatan Negeri Sarawak, 122,540 penerima tersenarai untuk menerima vaksin dos ketiga dan dos penggalak.
Mereka terdiri daripada golongan yang mempunyai sistem imun yang lebih akibat penyakit; warga emas berusia 60 tahun ke atas dan petugas barisan hadapan perubatan.
Berikut adalah lima perkara yang antara perlu tahu tentang dos ketiga dan dos penggalak:
1. Dos ketiga vaksin COVID-19 adalah didefinisikan sebagai pemberian dos vaksin tambahan apabila tindak balas imun seseorang di peringkat awal berkemungkinan tidak mencukupi berikutan daripada pemberian awal vaksin secara berturut-turut (primary vaccine series).
2. Dos penggalak vaksin COVID-19 merupakan dos pemberian vaksin bagi seseorang yang pada awalnya mempunyai tindak balas imun yang cukup terhadap pemberian vaksin secara berturut-turut (primary vaccine series) tetapi mungkin menjadi semakin berkurang dari semasa ke semasa.
3. Vaksin Pfizer COVID-19 telah diluluskan sebagai dos penggalak.
4. Selang tempoh dari dos terakhir vaksin COVID-19 untuk pemberian dos ketiga adalah sekurang-kurangnya 28 hari selepas penerimaan dos kedua dan untuk dos penggalak adalah sekurang-kurangnya 6 bulan selepas dos kedua.
5. Golongan yang diberikan keutamaan untuk pemberian dos ketiga dan dos penggalak vaksin COVID-19 pada masa ini adalah:
i. Dos Ketiga: Golongan immunocompromise atau yang mempunyai sistem imun (ketahanan badan) yang lemah akibat penyakit atau rawatan perubatan yang dianggarkan seramai 11,900 orang.
ii. Dos Penggalak: Warga Usia Emas iaitu mereka yang berusia lebih 60 tahun seramai 80,300 orang dan Petugas Barisan Hadapan Perubatan seramai 30,340 orang.
#dos ketiga #dos penggalak #vaksin #sistem imun
;