Apa punca kesesakan teruk di lebuh raya Simpang Ampat?

Firdaus Alauddin
Januari 9, 2019 06:54 MYT
Tiada sebarang kemalangan jiwa dilaporkan dalam kemalangan ini - PLUS / Foto Astro AWANI
KESESAKAN luar biasa di KM 197.7 dari arah utara ke Simpang Ampat, Melaka mencetus keresahan kepada pengguna Lebuh Raya Utara Selatan (Plus) pada pukul 1.25 tengah hari Rabu.
Laman sosial Twitter dibanjiri dengan tanda tanya pengguna yang mengeluh kerana kesesakan berkenaan membantutkan perjalanan mereka.
Astro AWANI yang menghubungi Plus dimaklumkan kesesakan itu disebabkan berlaku kemalangan antara sebuah kereta, lori dan trelar.
Bagaimanapun, jurucakap Plus memberitahu, tiada sebarang kemalangan jiwa berlaku dalam kejadian berkenaan.
Dalam masa sama, Plus menggesa pengguna lebuhraya mengunakan laluan alternatif iaitu laluan bertentangan.
Dalam perkembangan terkini, Plus dalam laman Twitter berkata, lorong tengah dan kanan dibuka untuk kenderaan.
Sementara pada pukul 3.30 petang pula, semua lorong telah dibuka untuk semua kenderaan, bagaimanapun, aliran trafik masih perlahan sepanjang empat kilometer.

13:25hrs Kemalangan Km 197.7 arah Utara dari Ayer Keroh ke Simpang Ampat. Semua lorong terhalang. Trafik tidak bergerak. Sila guna laluan alternatif. @LLMinfotrafik

— plusline1800880000 (@plustrafik) January 9, 2019
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
#5km #Astro Awani #kemalangan #kereta #Lori #PLUS #simpang ampat #trelar