Apa itu hujan air batu? Ini fakta yang perlu anda tahu
Nursyazwani Saiful Sham
Mei 20, 2020 06:16 MYT
Mei 20, 2020 06:16 MYT
Namun, fenomena hujan air batu jarang sekali berlaku di Malaysia sehinggakan jika ia berlaku, fenomena tersebut akan mengejutkan banyak pihak. -Gambar fail
Hujan lebat, ribut petir, banjir kilat dan angin kencang adalah antara fenomena alam yang sering berlaku di negara ini.
Namun, fenomena hujan air batu jarang sekali berlaku di Malaysia sehinggakan apabila ia berlaku, kejadiannya akan mengejutkan banyak pihak.
Terbaru, pada petang semalam (Rabu, 20 Mei), penduduk di beberapa kawasan di Ipoh, Perak gempar seketika apabila tanpa disangka, hujan air batu telah 'menghentam' sekitar kediaman mereka.
Ini beberapa fakta yang disediakan Jabatan Meteorologi Malaysia untuk perlu anda tahu:
- Hujan batu yang biasanya berbentuk bulat atau gumpalan ais yang tidak sekata adalah pepejal yang terhasil oleh awan ribut petir (kumulonimbus).
Jadi, tidak hairanlah jika ia berlaku di negara ini kerana hujan lebat dan ribut petir disertai air batu sebenarnya fenomena biasa dalam musim peralihan monsun.
#angin kencang
#fenomena alam
#hujan air batu
#hujan batu
#hujan lebat
#Ipoh
#Jabatan Meteorologi Malaysia
#ribut