Apa hal ni? Tular kakitangan syarikat kurier baling barang pelanggan

Hasimi Muhamad
Februari 7, 2021 10:34 MYT
Menerusi video berdurasi 15 saat yang dikongsi di laman Twitter, kakitangan yang didakwa dari syarikat J&T Express itu dipercayai mogok selepas berdepan masalah gaji - Gambar Twitter
KUALA LUMPUR: Sebuah rakaman video memaparkan sekumpulan pekerja syarikat kurier bertindak membaling barangan di sebuah gudang tular di media sosial sejak semalam.
Dari sudut video itu dirakamkan, kelihatan jelas seorang pekerja membaling bungkusan-bungkusan barangan, selain disambut teriakan beberapa kakitangan lain seperti meluahkan rasa tidak puas hati terhadap sesuatu.
Menerusi video berdurasi 15 saat yang mula tersebar di garis masa Twitter itu, dan berdasarkan maklum balas yang berangkai-rangkai di media sosial, kakitangan syarikat berkenaan dipercayai bertindak sedemikian sebagai 'isyarat' kepada pihak pengurusan selepas tidak berpuas hati dengan soal komisyen dan gaji.
Bagaimanapun, lokasi kejadian tidak dapat dipastikan.

Nak mengadu pergi lah pejabat buruh, jangan lah campak barang customers pic.twitter.com/rOEW1krG3H

— (@imrannazri__) February 6, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Susulan kejadian tersebut, rata-rata warganet meluahkan pelbagai reaksi termasuk mengatakan tindakan kakitangan syarikat itu membaling barangan pelanggan disifatkan sebagai tidak wajar.
Namun, segelintir mereka berharap syarikat kurier itu boleh menyelesaikan masalah gaji dengan segera, sekali gus tidak menganiaya kakitangan mereka.
Sementara itu, sebuah lagi video tular mendakwa kejadian berlaku di cawangan syarikat itu di Perak.
Menerusi video berkenaan kelihatan longgokan 'parcel' di gudang berkenaan yang masih belum dihantar kepada para pelanggan.

Tahukah kome. tengah kecoh sekarang J&T Perak Hold berang customer. dari info diterima pekerja semua mogok disebabkan masalah Gaji. pic.twitter.com/gwHkFDDFoM

— PERAK POWER (@iloveyouIPOH) February 5, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Setakat artikel ini ditulis, tiada kenyataan rasmi dibuat oleh syarikat itu berkaitan insiden tersebut.
DI laman Facebook rasmi syarikat itu, sekadar terdapat satu muat naik dibuat pada tarikh 5 Februari yang menyatakan tentang hal operasi mereka pada Tahun Baru Cina dan juga hal kelewatan penghantaran.
Astro AWANI sedang cuba mendapatkan ulasan mereka.
#Twitter #J&T mogok #Kakitangan J&T baling barang #COVID-19 #J&T Perak #Mogok masalah gaji #video tular
;