Anwar ucap tahniah kemenangan Keir Starmer, PM baharu UK

Astro Awani
Julai 5, 2024 07:30 MYT
menyifatkan perkongsian antara Malaysia dan Britain setakat ini adalah sesuatu yang berkekalan.
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengucapkan tahniah kepada Keir Starmer dan Parti Buruh Britain atas kemenangan besar mereka dalam Pilihan Raya Umum United Kingdom (UK).
Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata beliau berharap dapat bekerjasama dengan Starmer dan pasukannya untuk membangunkan hubungan strategik baharu, dibina atas keterangkuman, kesaksamaan, saling menghormati, hubungan rakyat dengan rakyat dan visi bersama untuk masa depan.
Menerusi hantaran di media sosial, Perdana Menteri menyifatkan perkongsian antara Malaysia dan Britain setakat ini adalah sesuatu yang berkekalan, terjalin menerusi sejarah panjang dan diperkukuh oleh ikatan persaudaraan yang erat.
Jelasnya, penyertaan Britain dalam Perjanjian Komprehensif dan Progresif untuk Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP) melebarkan lagi jalinan perkongsian ekonomi kedua negara.

Congratulations to @Keir_Starmer and the Labour Party on their sweeping victory in the UK general election. The partnership between Malaysia and Britain is an enduring one, woven through history and strengthened by the close bonds of kith and kin. Britains participation in the

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) July 5, 2024
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Peraturan pertahanan lima kuasa berfungsi juga disifatkan sebagai asas untuk keselamatan bersama serta meningkatkan kestabilan serantau dan memupuk kerjasama pertahanan yang lebih erat.
Parti Buruh yang diketuai oleh Starmer memenangi majoriti di Parlimen di mana ia memperoleh lebih 326 kerusi daripada 650 kerusi, sekaligus boleh membentuk kerajaan.
#Anwar Ibrahim #Keir Starmer #tahniah #Parti Buruh
;