Anwar terkesan dengan pemergian Tanri Abeng

Bernama
Jun 23, 2024 17:30 MYT
Anwar meluahkan rasa terkesan dengan pemergian sahabat beliau Dr Tanri Abeng Palehe (foto) yang meninggal dunia di Jakarta hari ini. -Facebook
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluahkan rasa terkesan dengan pemergian sahabat beliau iaitu bekas Menteri Negara Pendayagunaan Badan Usaha Milik Negara (BUMN) Indonesia Dr Tanri Abeng Palehe yang meninggal dunia di Jakarta hari ini.
"Telah berpulang ke rahmatullah sahabat saya Dr H. Tanri Abeng bin Palehe. Beliau pernah berkhidmat sebagai Menteri Negara Pendayagunaan BUMN dalam Kabinet Presiden Soeharto.
"Sebagai sahabat saya tentunya terkesan dan mendoakan agar Tuhan mengampuni segala dosanya selama hidupnya.
"Semoga rohnya ditempatkan bersama kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh, insya-Allah," kata beliau menerusi hantaran di laman Facebook.
Memetik laporan ANTARA News, Tanri Abeng yang juga pernah berkhidmat di zaman pentadbiran Presiden BJ Habibie menghembuskan nafas pada usia 82 tahun.
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #Tanri Abeng #bekas Menteri Negara Pendayagunaan Badan Usaha Milik Negara #Kabinet Presiden Soeharto
;