Anwar tegaskan PH tidak pernah setuju henti usul undi percaya walaupun meterai MoU
Hasimi Muhamad
September 14, 2021 17:59 MYT
September 14, 2021 17:59 MYT
KUALA LUMPUR: Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata Memorandum Persefahaman (MoU) antara kerajaan Persekutuan dan Pakatan Harapan (PH) yang dimeterai pada Isnin tidak bermakna pembangkang akan memberi sokongan kepada usul undi percaya kepada Perdana Menteri, jika ia dilaksanakan.
Tegas Ketua Pembangkang yang juga Ahli Parlimen Port Dickson itu, usaha untuk menghentikan undi percaya tidak pernah menjadi sebahagian daripada rundingan yang membawa kepada pemeteraian MoU tersebut.
Jelas Presiden PKR itu, perkara itu telahpun dinyatakan secara terbuka sejak awal lagi ketika menghadap Yang di-Pertuan Agong dan Timbalan Yang di-Pertuan Agong di Istana Negara, serta dipersetujui oleh semua wakil pemimpin parti dalam pertemuan tersebut.
"Jadi, sebab itu bagi kita bermula dengan asas ini harus ada undi percaya. Tetapi kita tidak mahu itu yang terkait dengan isu keabsahan, membatalkan usaha kerjasama dalam bidang-bidang utama termasuk COVID-19 dan ekonomi.
"Sebab itulah saya sebut kepada Perdana Menteri, walaupun kita tak setuju dengan keputusan Perdana Menteri untuk tidak meneruskan undi percaya, kita akan tetap beri kerjasama berbincang mengenai soal MoU," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.
Anwar merupakan Ahli Parlimen pembangkang pertama yang membahaskan Titah Diraja bagi Mesyuarat Pertama Penggal Keempat, Parlimen ke-14, hari ini.
BERITA LANJUT MENYUSUL..