Anwar persoal usul Pandora Papers, Mat Sabu mencelah tanya macam mana nak jadi jutawan

Firdaus Azil
Oktober 12, 2021 13:07 MYT
Mohamad Sabu berseloroh, ingin mengatahui 'cara menteri membuat duit ratusan juta'. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mendakwa Speaker Dewan Rakyat Datuk Azhar Azizan Harun sengaja menggunakan alasan teknikal bagi mengelakkan isu 'Pandora Papers' dibahas di Parlimen.
Menganggap perkara itu aneh, Ahli Parlimen Port Dickson berkata, sudah tiga kali beliau membangkitkan soal berkenaan mengikut Peraturan-Peraturan Mesyuarat, tetapi seolah-olah tiada keperluan untuk Speaker menyegerakan perbahasan isu tersebut.
Selaun itu, katanya lagi, sehingga hari ini, tiada tindakan proaktif dari agensi kerajaan seperti Bank Negara Malaysia, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), serta Bahagian Komersial Polis Diraja Malaysia (PDRM).
“Saya tekankan perkara ini kerana ada keengganan di kalangan elit politik untuk bahas. Umpamanya dari kerajaan saya belum dengar akan siasat. Saya rasa ini aneh… kalau betul nak perjuangkan nasib rakyat, perjuangkan budaya Melayu, mungkinkah budaya Melayu mengizinkan rompakan kekayaan begitu besar?
“Sama ada perniagaan halal atau rasuah, pembalakan, atau drug trafficking, atau women trafficking, kesemuanya disenarai dan dicerakin sebelumnya oleh Global Financial Integrity (GFI), dan sekarang dalam Pandora Papers,” katanya lagi.
Untuk rekod, usul Anwar untuk membawa perkara itu ke Dewan Rakyat telah dilakukan sebanyak tiga kali, iaitu di bawah Peraturan 18 (1); Peraturan 91 dan 92; dan terbaharu Peraturan 43.
Dua usul beliau telah ditolak, tetapi bagi permohonan ketiga, Timbalan Speaker Datuk Seri Mohd Rashid Hasnon berkata, perkara itu masih dalam pertimbangan Azhar, kerana Peraturan 43 memerlukan notis dihantar dua hari sebelumnya.
Pandora Papers sekali lagi hangatkan Dewan Rakyat
Dalam pada itu, Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu (PH-Kota Raja) berkata, Anwar tidak seharusnya mempersoalkan perkara itu, kerana beliau sendiri merasa cemburu dan ingin mengetahui cara ahli-ahli politik mengumpul wang ratusan juta.
“Port Dickson (Anwar) jangan cemburu, kita mahu belajar macam mana nak cari duit. Saya tengok ada menteri yang ada RM900 juta dalam bank, RM2 juta wang poket. Saya nak belajar macam mana.
Pandora Papers: Port Dickson cemburu sangat kenapa? - Mat Sabu
“Port Dickson cemburu sangat kenapa. Kita nak belajar cara cari duit mudah. Saya difahamkan ada bekas menteri beri mak dia dapat RM1 bilion… saya nak kasi mak saya berapa? Ini yang saya cemburu,” katanya secara berseloroh.
#Dewan Rakyat #Pandora Papers #Anwar Ibrahim #Mohamad Sabu
;