Anwar pengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan
Sinar Harian
Januari 22, 2024 06:15 MYT
Januari 22, 2024 06:15 MYT
SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan Kerajaan Perpaduan kali pertama bagi tahun ini di Seri Perdana, Putrajaya.
Selain Anwar, beberapa pemimpin utama Kerajaan Perpaduan turut kelihatan menghadiri mesyuarat berkenaan iaitu Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi; Ketua Whip Gabungan Parti Sarawak (GPS), Datuk Seri Fadillah Yusof dan Setiausaha Agung DAP, Anthony Loke Siew Fook.
Mesyuarat juga disertai Presiden Warisan, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dan Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Tun Openg.
Mesyuarat tersebut melibatkan perbincangan mengenai pelantikan Yang Dipertua Dewan Negara yang baharu selain pemilihan calon bagi jawatan berkenaan.
Sebelum ini, Anwar dilapor berkata, nama calon Tuan Yang di-Pertua Sarawak sudah dikemukakan oleh Abang Johari kepadanya dan telah dipersembahkan kepada Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah. - Sinar Harian
#PM Anwar Ibrahim
#Kerajaan Perpaduan
#Mesyuarat Majlis Perundingan Pimpinan
#Yang Dipertua Dewan Negara