Anwar luang masa bertemu ‘superstar’ Kamal Haasan

Astro Awani
Jun 28, 2024 16:43 MYT
Kata Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman Instagramnya, perjumpaan itu berlangsung selama 30 minit. - Gambar Instagram Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, meluangkan masa bertemu dengan seniman tersohor India, Kamal Haasan pada Jumaat.
Kata Datuk Seri Anwar Ibrahim di laman Instagramnya, perjumpaan itu berlangsung selama 30 minit.
“Dalam sela-sela tugasan rasmi, saya sempat meluangkan masa bersama seniman dan ‘superstar’ tersohor India, Kamal Haasan.
“Kesempatan yang ada kira-kira 30 minit itu digunakan untuk berbicara dan bertukar pandangan terkait industri perfileman termasuk ketegasan terhadap rasuah,” katanya.
Anwar dan Kamal pernah bertemu di lokasi yang tidak didedahkan di Kuala Lumpur pada 29 Mei 2022.
#Kamal Haasan #Rasuah #tugasan rasmi #Seniman