KUALA SELANGOR: Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato’ Onn, Kuala Lumpur pada Selasa lepas hanya melibatkan parti-parti yang mengasas Kerajaan Perpaduan.
Perdana Menteri berkata, perkara itu sudah dijelaskan sebelum ini.
Bagaimanapun, kata Anwar, pihak yang menyokong Kerajaan Perpaduan akan tetap menyertai perbincangan secara bersama dalam platform-platform seterusnya.
“Tidak apa, itu kita sudah jelaskan, mesyuarat itu adalah mesyuarat parti-parti yang mengasas, tetapi yang lain itu akan dibawa dalam jawatankuasa.
“Mesyuarat itu hanya mesyuarat parti yang mengasas Kerajaan Perpaduan, yang lain itu tentu akan dibawa kerana mereka ini menyokong Kerajaan Perpaduan,” katanya kepada media selepas menyampaikan Syarahan Reformasi Pendidikan Untuk Kesejahteraan Masa Depan Malaysia di UNISEL Bestari Jaya, di sini pada Khamis.
Pengerusi Pakatan Harapan itu mengulas kenyataan Parti Ikatan Demokratik Malaysia (MUDA) yang menyuarakan rasa terkilan kerana tidak dijemput menghadiri mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Menara Dato' Onn.
Setiausaha Agungnya, Amir Abd Hadi berkata, MUDA tidak menerima sebaran jemputan termasuk menerusi surat, mesej atau e-mel.
Mesyuarat pertama Sekretarian Kerajaan Perpaduan itu dipengerusikan Anwar dan dihadiri semua pemimpin parti yang membentuk Kerajaan Perpaduan.
Bagaimanapun, wakil MUDA dilaporkan tidak kelihatan pada mesyuarat itu.
Rahimah Abdullah
Thu Feb 09 2023
Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan di Ibu Pejabat UMNO, Menara Dato Onn, Kuala Lumpur pada Selasa lepas hanya melibatkan parti-parti yang mengasas Kerajaan Perpaduan. - Gambar Astro AWANI
[TERKINI] Perkembangan terkini kemalangan tiga kenderaan
Lintas langsung di lokasi kemalangan membabitkan tiga kenderaan hingga dipercayai mengakibatkan sekurang-kurangnya enam terkorban berhampiran RnR Ayer Keroh.
TikTok mungkin dibenarkan beroperasi seketika - Kata Trump
Presiden terpilih Amerika Syarikat (AS) Donald Trump pada Ahad memberi bayangan beliau mungkin membenarkan TikTok meneruskan operasi di negara itu.
Malaysia, Bahrain sempena 50 tahun hubungan diplomatik
Sempena ulang tahun ke-50 hubungan diplomatik, Malaysia dan Bahrain mengesahkan komitmen untuk mengukuhkan kerjasama dua hala merentasi pelbagai sektor, bertujuan untuk memupuk masa depan yang lebih makmur dan berdaya tahan.
Lelaki bakar penumpang tren bawah tanah hingga maut ditahan
Polis New York City menahan seorang lelaki pada Ahad kerana membakar seorang penumpang wanita kereta api bawah tanah hingga maut.
Tahanan Guantanamo: Pemulihan fokus aspek psikologi, hubungan kekeluargaan
Aspek psikologi perlu diuruskan terlebih dahulu kerana individu yang menyertai kumpulan pengganas kebiasaannya adalah mereka yang menanggung emosi yang berat serta berpandangan radikal.
Rating penerimaan PM Anwar meningkat kepada 54 % tahun kedua
Rating kelulusan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meningkat kepada 54 peratus dalam kalangan pengundi Malaysia pada tahun kedua pentadbiran Kerajaan MADANI, berbanding 50 peratus tahun lepas, menurut kaji selidik Merdeka Center.
[TERKINI] Sekurang-kurangnya enam maut, tiga kenderaan bertembung berhampiran RnR Ayer Keroh
Sekurang-kurangnya enam maut dalam nahas membabitkan tiga kenderaan di kilometer 204 Lebuhraya Utara-Selatan (PLUS) arah utara berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Ayer Keroh, malam Isnin.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Isnin, 23 Disember 2024.
Berita antarabangsa pilihan sepanjang hari ini
Antara pelbagai berita luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Konsert Maliq & D'Essentials ditunda
Kumpulan itu berjanji untuk kembali ke Malaysia dan bertemu peminat sebaik tarikh baharu dapat ditetapkan.
Sekretariat Kerajaan Perpaduan setuju tubuh 3 jawatankuasa libat semua parti - Anwar
Mesyuarat pertama Sekretariat Kerajaan Perpaduan bersetuju menubuhkan tiga jawatankuasa melibatkan semua parti dalam kerajaan.