Anwar Ibrahim tiba di rumah arwah bapa, rumah dikawal ketat

Syafique Shuib
April 5, 2015 03:11 MYT
Anwar yang masih menjalani hukuman penjara 5 tahun dibenarkan untuk menghadiri pengebumian bapanya di Tanah Perkuburan Sungai Ramal, Kajang.
Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di di rumah arwah bapanya Datuk Ibrahim Abd Rahman di Pinggir Pelangi Pagi, Country Heights pada jam 10.40 pagi.
Ketibaan beliau dikawal ketat dan diiringi oleh para pengawal dari jabatan Penjara.
Ketibaan Anwar disambut oleh anak perempuannya Nurul Nuha.
Anwar yang masih menjalani hukuman penjara 5 tahun dibenarkan untuk menziarahi Allahyarham di rumah tetapi belum dipastikan jika beliau dibenarkan untuk menghadiri pengebumian bapanya di Tanah Perkuburan Sungai Ramal, Kajang.
Ibrahim merupakan ahli Parlimen seberang Perai Tengah dari 1959 hingga 1969.
Ibrahim meninggal dunia pada jam 1.45 pagi tadi di Hospital Serdang.
#Anwar Ibrahim #Ibrahim Abd Rahman #pengebumian