Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara untuk menghadap Agong

Firdaus Azil, Hasimi Muhamad
Jun 9, 2021 10:37 MYT
Kenderaan membawa Anwar tiba di Istana Negara pada jam 10.37 pagi ini. -Astro AWANI/Hasimi Muhamad
KUALA LUMPUR: Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tiba di Istana Negara pada jam 10.37 pagi ini.
Beliau dilihat memasuki pintu 2 Istana Negara menaiki kereta jenis Jaguar berwarna hitam.
Ia sekali gus menyaksikan Ahli Parlimen Port Dickson itu menjadi wakil ketua pemimpin politik kedua yang menghadap Al-Sultan Abdullah selepas Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Kenderaan yang membawa Presiden PKR DS Anwar Ibrahim dilihat memasuki Istana Negara pada pukul 10.37 pagi. Beliau merupakan pemimpin parti politik kedua diperkenan masuk mengadap YDP Agong. @501Awani pic.twitter.com/juDZlUg00q

— Firdaus Azil (@FirdausAzil) June 9, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Muhyiddin yang juga Pengerusi Parti Pribumi Bersatu (Bersatu) selesai menghadap Seri Paduka Baginda sekitar 8.56 pagi tadi.
BACA: Perdana Menteri selesai menghadap Agong dalam pertemuan lebih sejam
Anwar dijangka memasuki Istana Negara melalui Pintu 2.
Terdahulu, beberapa media melaporkan tiga ketua parti politik akan menyusul selepas Muhyiddin.
Selain itu, turut mengesahkan menerima perkenan menghadap ialah parti DAP, yang akan diwakili oleh Setiausahanya, Lim Guan Eng pada sebelah petang.
Difahamkan, Parti Amanah Negara (Amanah) yang akan diwakili oleh Presidennya, Mohamad Sabu akan turut mengadakan pertemuan hari ini.
Setakat ini, UMNO masih belum mengesahkan sesi pertemuan bersama Seri Paduka Baginda.
Dalam perkembangan sama, parti yang masih dalam proses pendaftaran Parti Pejuang Tanah Air (Pejuang) turut mengesahkan menerima surat dipanggil menghadap Yang Di-Pertuan Agong di Istana Negara pada Khamis.
Siri perjumpaan tersebut dijadual berlangsung bermula hari ini hingga Jumaat.
#Anwar Ibrahim #Muhyiddin Yassin #Yang di-Pertuan Agong #YDPA #Parti Keadilan Rakyat #Mohamad Sabu #Lim Guan Eng #Parti Amanah Negara #DAP #Guan Eng #Istana Negara
;