Anwar Ibrahim terima rawatan di HKL

Astro Awani
September 19, 2017 19:22 MYT
Pada Mei tahun lalu, bekas Ketua Pembangkang itu pernah dikejarkan ke hospital atas sebab yang sama. - Gambar fail
Tekanan darah tidak stabil menjadi punca Ketua Umum Pakatan Harapan, Datuk Seri Anwar Ibrahim dikejarkan ke Hospital Kuala Lumpur petang tadi.
Perkara itu disahkan oleh Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Shamsul Iskandar Mohd Akin.
"Keadaan kesihatannya membuatkan beliau (Anwar) memerlukan pemantauan pihak doktor," katanya ketika dihubungi Astro AWANI, di sini hari ini.
Anwar, 70 tahun, difahamkan memerlukan fisio intensif akibat kecederaan lama di bahagian bahu beliau.

Pembetulan: @anwaribrahim dibawa ke HKL jam 2 tadi; tekanan darah kurang stabil, dan perlukan fisio intensif akibat kecederaan lama di bahu

— Fahmi Fadzil (@fahmi_fadzil) September 19, 2017
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Pada Mei tahun lalu, bekas Ketua Pembangkang itu pernah dikejarkan ke hospital atas sebab yang sama.
Kesihatan Anwar dilaporkan merosot sejak Julai 2015 dan barisan peguamnya pernah memohon supaya beliau ditempatkan sebagai tahanan rumah.
#Anwar Ibrahim #kesihatan #Parti Keadilan Rakyat #PKR #Shamsul Iskandar Mohd Akin
;