Anwar Ibrahim dijangkiti COVID-19, jalani kuarantin kendiri
Astro Awani
Mac 21, 2022 19:23 MYT
Mac 21, 2022 19:23 MYT
KUALA LUMPUR: Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim disahkan positif COVID-19 hari ini.
Perkara tersebut dimaklumkan oleh Setiausaha Sulit beliau, Shukri Saad dalam satu kenyataan hari ini.
"Saya ingin mengesahkan bahawa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim telah didapati positif COVID-19 hasil ujian PCR yang dijalankan di Parlimen hari ini," katanya.
Katanya, Anwar akan menjalani kuarantin kendiri selama tujuh hari mengikut protokol kesihatan yang ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan.
Pada Ahad, Anwar menghadiri Kongres Kebangsaan DAP Ke-17 yang berlangsung di Shah Alam.
Turut disahkan positif dalam majlis yang dihadiri beliau itu adalah Mentor DAP, Lim Kit Siang.