Anwar Ibrahim dalam keadaan baik - Jeyaindran

Nursyazwani Saiful Sham
Mei 13, 2018 14:00 MYT
Jeyaindran berkata, Anwar sudah pulih sepenuhnya dari kecederaan bahu tetapi masih memerlukan rawatan fisioterapi yang mengambil masa lama. - Gambar fail
Datuk Seri Anwar Ibrahim yang sedang menjalani rawatan di Hospital Rehabilitasi Cheras ketika ini, berada dalam keadaan baik.
Demikian menurut Timbalan Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr S Jeyaindran, mengesahkan keadaan kesihatan Ketua Umum PKR itu yang dijangka dibebaskan dari tahanan penjara minggu depan.
“Setiap hari saya akan melawat dia. Setakat ini beliau dalam keadaan baik," katanya selepas melawat Anwar di hospital itu, di sini, hari ini.
"Beliau sudah pulih sepenuhnya tetapi memerlukan rawatan fisioterapi yang lama,” katanya merujuk kepada kecederaan bahu yang dialami Anwar.
Tambah Jeyaindran, yang merupakan salah seorang doktor peribadi Anwar, sekiranya beliau menerima pengampunan sepenuhnya dan dibebaskan pada Selasa, beliau akan tetap mendapatkan rawatan fisioterapi dari masa ke semasa.
BACA: Anwar Ibrahim dibebaskan Selasa ini
VIDEO: Perkembangan lawatan Perdana Menteri bertemu Anwar Ibrahim
BACA: Tun Mahathir jumpa Datuk Seri Anwar di hospital
#Anwar Ibrahim #Doktor #fisioterapi #Hospital Rehabilitasi Cheras #kecederaan bahu #rawatan
;