Anwar Ibrahim akan bertemu Agong pada Selasa - Rusli Ibrahim

Nursyazwani Saiful Sham
Mei 13, 2018 07:51 MYT
Menurutnya Jawatankuasa Pengampunan Diraja dijangka akan bersidang pada pagi Selasa.
Adik kandung Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Rusli Ibrahim mengesahkan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim akan dibebaskan pada Selasa ini.
Menurutnya Jawatankuasa Pengampunan Diraja dijangka akan bersidang pada pagi Selasa.
“Selepas persidangan itu, Yang di-Pertuan Agong berkenan untuk berjumpa sendiri Datuk Seri Anwar Ibrahim di istana.
“Insya-Allah sejurus selepas pertemuan itu Anwar Ibrahim akan dibebaskan,” katanya ketika ditemui selepas melawat Datuk Seri Anwar Ibrahim di Hospital Rehabiliti Cheras, di sini, pada Ahad.
Sebelum ini, anak sulung Anwar Ibrahim yang juga Naib Presiden PKR, Nurul Izzah Anwar mengesahkan bahawa ayahnya akan dibebaskan pada Selasa.
#adik kandung #Bebas #Datuk Seri Anwar Ibrahim #Jawatankuasa Pengampunan Diraja #Ketua Umum PKR #Rusli Ibrahim