Anwar harap bertemu Hsien Loong dalam masa terdekat

Umavathi Ramayah
November 25, 2022 15:07 MYT
Anwar Ibrahim berharap dapat mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong dalam masa terdekat. - Gambar Facebook Lee Hsien Loong
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap dapat mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatannya dari Singapura, Lee Hsien Loong dalam masa terdekat.
Menerusi satu perkongsian di Twitternya, Anwar berkata, pertemuan bersemuka pertama kali selepas dilantik sebagai Perdana Menteri itu yakin dapat mengukuhkan lagi hubungan bilateral kedua-dua negara jiran itu.
"Terima kasih Lee Hsien Loong atas panggilan telefon dan ucapan.
"Sesungguhnya, selain jiran dan rakan kongsi di ASEAN, Malaysia dan Singapura juga berkongsi banyak persamaan, sejarah yang berkait rapat dan hubungan interpersonal yang kukuh," kata Anwar.

Thank you PM @leehsienloong for the telephone call and warm wishes. As close neighbours and partners in ASEAN, Malaysia and Singapore also share many commonalities, intertwined history and very close and active people-to-people connections. (1/2) https://t.co/fj5rMbQL7j

— Anwar Ibrahim (@anwaribrahim) November 25, 2022
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Hsien Loong dalam hantaran di Facebooknya mempelawa Anwar untuk melawat republik itu.
Perdana Menteri Singapura itu turut memaklumkan, beliau sudah bercakap dengan Anwar dan mengucapkapkan tahniah kepada pemimpin itu.
Beliau turut memuat naik gambar beliau dengan Anwar yang dirakamkan pada 2018.
#Anwar Ibrahim #Lee Hsien Loong #Perdana Menteri #Anwar PM ke-10
;