Anwar duduki tangga ke-11 pemimpin, ahli politik Islam berpengaruh dunia

Sinar Harian
Oktober 12, 2023 18:10 MYT
Anwar tersenarai antara 50 pemimpin dan ahli politik Islam paling berpengaruh dalam dunia. - Gambar fail
SHAH ALAM: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim tersenarai antara 50 pemimpin dan ahli politik Islam paling berpengaruh dalam dunia.
Beliau menduduki tangga ke-11 dalam edisi terbaru The Muslim 500: The world’s 500 most influential Muslim 2024.
Menerusi kategori Penghargaan Terhomat telah meletakkan Anwar di belakang Presiden Indonesia, Joko Widodo yang menduduki tempat kesembilan dalam senarai tersebut.
Individu dipilih berdasarkan pelbagai bidang termasuk budaya, pemikiran, kewangan dan politik serta melakukan perubahan yang memberi impak kepada dunia Islam atau penganutnya.
Sementara itu, Ahli Cendekiawan Islam, Syed Muhammad Naquib Al-Attas turut berjaya menduduki tempat ke-25.
Beliau yang juga Ahli Falsafah turut disenaraikan antara ilmuan Islam yang paling berpengaruh di dunia.
Pada tahun 2022, Anwar berada di kedudukan ke-22 dalam kategori yang sama. - Sinar Harian
#Anwar Ibrahim #pemimpin Islam berpengaruh dunia #The Muslim 500 #most influential Muslim 2024
;