Anwar doa Erdogan terus kuat, keadaan kesihatan bertambah baik

Bernama
April 28, 2023 02:50 MYT
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan harapan agar Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan terus diberikan kekuatan dan kecergasan. - Gambar Facebook ANWAR IBRAHIM
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan harapan agar Presiden Turkiye, Recep Tayyip Erdogan terus diberikan kekuatan dan kecergasan.
Menerusi catatan di laman Facebook beliau, Anwar berkongsi, beliau sempat bercakap dengan Erdogan malam tadi.
"Alhamdulillah beliau (Erdogan) bertambah sihat dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang mendoakan," menurut catatan itu.
Rabu lepas, media antarabangsa melaporkan wawancara Presiden Turkiye itu dengan penyiar tempatan pada malam hari Selasa secara tiba-tiba terganggu apabila beliau berasa tidak sihat semasa acara langsung berkenaan kerana mengalami selesema perut, yang juga dikenali sebagai gastroenteritis.
Menurut laporan itu, wawancara bermula lewat malam Selasa kerana kesibukan kempen pilihan raya presiden. - BERNAMA
#Anwar Ibrahim #Recep Tayyip Erdogan #Erdogan sakit #gastroenteritis