Anwar disoal siasat berhubung Seksyen 4, Akta Hasutan

Astro Awani
September 26, 2014 18:43 MYT
Anwar disoal siasat berhubung Seksyen 4, Akta Hasutan - Gambar fail
Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi keterangan berhubung ucapannya yang dikaitkan dengan Seksyen 4 Akta Hasutan di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Ampang
Anwar di soal siasat kerana ucapannya pada 2011 di Taman Melati, Gombak bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib, ADUN Batu Caves, Amirudin Shari dan ADUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali.
Anwar akan disiasat di bawah Akta Hasutan 1948 berhubung ucapannya tiga tahun lalu.
Anwar sedang disoal siasat mengenai ucapan yang dikaitkan dengan Akta Hasutan di IPD Ampang - Gambar Twitter Anwar
Pada 30 Mac 2011, Azmin memberi keterangan di IPD Ampang Jaya untuk memberi keterangan berhubung kekecohan ketika program parti, yang dianjurkan di pusat khidmat masyarakatnya di Gombak pada 25 Mac.
Azmin disiasat di bawah Seksyen 27(5) Akta Polis dan Akta Hasutan.
Pada Program Pakatan Rakyat pada 25 Mac 2011 di Taman Melawati, Gombak, Anwar telah diminta memberhentikan ceramahnya pada selepas 13 minit memulakan ucapan.
Ia turut dimuatkan di dalam laman Twitter KEADILAN.

DS Anwar Ibrahim sedang diambil keterangan oleh anggota PDRM dari IPD Ampang, berkenaan satu ucapan yang dibuat... http://t.co/EVykTNmYBR

— KEADILAN (@KEADILAN) September 26, 2014
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Anwar kemudian mengadakan sidang media di Ibu Pejabat PKR di Tropicana dan memberitahu perkembangan siasatan ke atasnya terhadap tuduhan berkenaan.
Anwar mengadakan sidang media di Ibu Pejabat PKR selepas disoal siasat polis di IPD Ampang - Gambar Facebook KEADILAN
Sementara itu, Penasihat undang-undang KEADILAN, Latheefa Koya berkata Anwar disoal siasat kurang dari satu jam iaitu daripada pukul 3.40 sehingga 4.20 petang.
"Dia disoal siasat, nampak gayanya polis mahu juga menuduhnya di bawah Akta Hasutan.
"Keterangan Anwar diambil dan difahamkan perkembangan lanjut akan diketahui dalam masa kira-kira satu minggu," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Anwar di soal siasat kerana ucapannya pada 2011 di Taman Melati, Gombak bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Kelang, Saari Sungib, ADUN Batu Caves, Amirudin Shari dan ADUN Bukit Antarabangsa, Mohamed Azmin Ali.
#Ampang #Anwar #Gombak #hasutan #melawati #PKR #polis
;