Anwar dimasukkan ke hospital untuk pemeriksaan berjadual - Pengarah HKL
Bernama
September 20, 2017 11:16 MYT
September 20, 2017 11:16 MYT
Bekas pemimpin pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dibawa ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) malam tadi untuk menjalani pemeriksaan berjadual, kata Pengarah HKL Datuk Dr Zaininah Mohd Zain.
Beliau berkata Anwar tidak mengalami masalah kesihatan cuma akan berada di hospital itu untuk beberapa hari bagi pemeriksaan yang akan dikendalikan oleh sepasukan pakar.
"Ia adalah pemeriksaan berjadual dan pasukan pakar akan mengendalikan beliau," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
-- BERNAMA