Anwar dibenar keluar dari HKL

Bernama
Jun 5, 2015 19:21 MYT
Menurut Hospital Kuala Lumpur, Datuk Seri Anwar Ibrahim dibenarkan keluar hari ini setelah menjalani semua pemeriksaan perubatan yang dijadualkan. - Gambar fail
Pemeriksaan perubatan terhadap penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak menemukan bukti beliau mengalami sebarang keadaan kesihatan akut, kata Hospital Kuala Lumpur (HKL).
Dalam kenyataannya, hospital itu berkata, Anwar dibenarkan keluar hari ini setelah menjalani semua pemeriksaan perubatan yang dijadualkan.
"Memandangkan keadaan kesihatannya adalah stabil, maka keadaan beliau akan dikaji dari semasa ke semasa untuk memastikan beliau sentiasa berada dalam keadaan baik," kata kenyataan itu.
HKL berkata panel pakar perunding yang merawat Anwar sering mengadakan pertemuan dengan beliau dan keluarganya serta sentiasa memaklumkan kepada mereka tentang dapatan dan pelan pengurusan berkenaan.
Bekas Ketua Pembangkang itu dimasukkan ke HKL pada Selasa untuk menjalani satu siri pemeriksaan perubatan.
Anwar sedang menjalani hukuman penjara lima tahun kerana kesalahan meliwat.
BACA :
Kes Liwat II: Mahkamah putuskan Anwar bersalah, kekal hukuman penjara 5 tahun
Kronologi kes liwat Anwar Ibrahim
#Anwar Ibrahim #HKL #liwat #PKR
;