Anwar beri sumbangan kepada ‘otai’ reformis

Bernama
Mac 24, 2024 18:30 MYT
Farhan (dua, kanan) bagi pihak Perdana Menteri menyampaikan sumbangan kepada Kamarul Hatta (tiga, kanan), seorang 'otai' reformis yang kini berdepan masalah kesihatan. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menghulurkan sumbangan kepada Kamarul Hatta, seorang 'otai' (orang lama) reformis yang kini berdepan masalah kesihatan.
Menerusi catatan di Facebook, Perdana Menteri berkata sumbangan tersebut disampaikan Setiausaha Politik beliau Farhan Fauzi semalam untuk membantu urusan harian dan perubatan Hatta.
"Mana mungkin saya lupa pengorbanan Saudara Hatta yang menjadi pendukung utama perjuangan reformasi di saat sukar mahupun senang.
"Saya mendoakan beliau dikurniakan afiyah serta sentiasa diberikan kekuatan untuk meneruskan kehidupan bersama keluarga tercinta, Insya-Allah," kata Anwar yang turut berkongsi gambar Farhan menziarahi Hatta.
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #Otai Reformis #Kamarul Hatta #masalah kesihatan #Farhan Fauzi
;