Anwar beri sumbangan bantu kos pembedahan, rawatan pesakit asma dan resdung kronik

Bernama
Julai 6, 2024 16:55 MYT
Sumbangan Anwar disampaikan menerusi Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi dalam sesi Ziarah MADANI di Sentul baru-baru ini. - Foto FB Anwar Ibrahim
KUALA LUMPUR: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menyampaikan sumbangan kepada reformis Henry Albert, untuk membantu meringankan beban kos pembedahan segera dan rawatan susulan anaknya Theshvin Henry yang menghidap penyakit asma dan resdung kronik.
Sumbangan itu disampaikan menerusi Setiausaha Politiknya Ahmad Farhan Fauzi yang mewakili beliau dalam sesi Ziarah MADANI di Sentul baru-baru ini.
Menerusi perkongsian di laman Facebook, Anwar mendoakan Theshvin selamat menjalani pembedahan dan segera pulih, sekali gus dapat kembali aktif dan menjalani kehidupan harian seperti biasa.
-- BERNAMA
#Anwar Ibrahim #sampaikan sumbangan #reformis Henry Albert #penyakit asma kronik #pembedahan anak #Theshvin Henry
;