Anugerah DiGiWWWOW kembali

Syafique Shuib
Jun 4, 2013 19:12 MYT
Anugerah DiGiWWWOW Internet For All Awards kembali buat tahun ketiga.
Anugerah yang memberi pengiktirafan kepada pengguna internet yang menggunakan platform berkenaan sebaik mungkin untuk hasil kerja blog, video, acara, muzik, kedai, dan saluran alternatif.
Tahun ini menampilkan 15 kategori iaitu:
Short Blogger of the Year (Baharu)
Breakthrough Youtube Star
Fave Entertainment Blog
Top Online Over-Achiever Under 16
Most Inspiring Internet for Good Award
Social Media Gathering of the Year
Online Shop of the Year
Blogger of the Year
Fave Video of the Year
Fave Makan-Makan Expert
PhotoStory of the Year
People’s Choice Award
App of the Year
Fave Tech Head
Best of the Best
Barisan juri pula terdiri daripada Chan May Ling dari Digi Telecommunications, Chia Ting Ting (MalaysiaKini), Jenny Lim (Google Malaysia), Kenneth Teo (Astro), Rueben VJ (Yahoo! Malaysia), Timothy Tiah (Nuffnang) dan ramai lagi.
Tahun ini menjanjikan hadiah yang lumayan dan para pemenang berpeluang untuk bertemu dengan pakar industri secara eksklusif.
Penyertaan baharu masih diterima dan tempoh kempen dan mengundi sedang berlangsung sehingga 23 Jun. Juri akan membuat penilaian dari 24 Jun hingga 5 Julai untuk menentukan pemenang. Malam kemuncak DiGi WWWOW Internet for All Awards akan berlangsung pada 6 Julai.
Jika anda merasakan sudah melakukan sesuatu yang ‘wow’ dengan platform internet dan media baharu, layari wwwow.my untuk hantar penyertaan anda.
#Digi #Internet #Twitter #WWWOW Awards #YouTube
;