Antara tumpuan utama perkembangan COVID-19 hari ini

Hilmi Malik
Oktober 7, 2020 20:57 MYT
Dr Noor Hisham mengumumkan, terdapat 489 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan di Malaysia dalam tempoh 24 jam. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan sebanyak 489 kes baharu penularan jangkitan COVID-19 setakat Rabu.
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, sebanyak 487 merupakan penularan tempatan manakala dua lagi merupakan kes import.
Berikut lima tumpuan kenyataan media Ketua Pengarah Kesihatan pada 7 Oktober.
1. Sebanyak 489 kes baharu positif COVID-19 dilaporkan dalam tempoh 24 jam.
2. Dua kluster baharu dikesan iaitu Kluster Bah Puchong dan Kluster Penjara Reman.
3. Sabah kembali catat peningkatan dengan 282 kes.
4. Kedah negeri kedua tertinggi dengan pertambahan 153 kes.
5. Tiada kematian baharu dilaporkan, kekal 141 kes.
BACA: COVID-19: 489 kes baharu, tiada kematian dilaporkan hari ini
BACA: COVID-19: Data dan informasi setakat ini (Dikemaskini setiap hari)
#COVID19 #Kementerian Kesihatan #Dr Noor Hisham Abdullah #kes positif #Sabah #Kedah #dua kluster baharu
;