Antara perkara yang anda perlu tahu sepanjang sidang media KKM hari ini

Hasimi Muhamad
Mei 31, 2020 18:06 MYT
Ia sekali gus menunjukkan petanda positif selepas kaedah dan pendekatan yang dilaksanakan di negara ini dilihat berkesan mencegah penularan COVID-19. - Gambar fail/BERNAMA
Kebanyakan kes jangkitan COVID-19 di negara ini hari ini dikesan dalam kalangan bukan warganegara Malaysia.
Ia sekali gus menunjukkan petanda positif selepas kaedah dan pendekatan yang dilaksanakan di negara ini dilihat berkesan mencegah penularan COVID-19.
Berikut beberapa perkara yang menjadi tumpuan sepanjang sidang media, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, hari ini.
1. Terdapat 23 kes yang pulih dan dibenarkan discaj.
2. 57 kes baharu dilaporkan dan menjadikan jumlah kes positif sebanyak 7,819 kes.
3. Daripada 57 kes baharu, 10 adalah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara.
4. Daripada 47 kes penularan tempatan, 43 kes adalah kes bukan warga Malaysia dan 4 kes warga Malaysia.
5. Jumlah kumulatif kes kematian kekal 115 kes atau 1.47 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.
#COVID-19 #Dr Noor Hisham Abdullah #Kementerian Kesihatan #KKM #Media #Noor Hisham Abdullah
;