Anonymous Malaysia dakwa pegawai kerajaan dalang kebocoran data peribadi
Azyyati Ahmad
Januari 29, 2021 16:27 MYT
Januari 29, 2021 16:27 MYT
KUALA LUMPUR: Kumpulan penggodam Anonymous Malaysia (Anonymous) muncul semula dengan mesej kedua, amaran yang ditujukan kepada Kerajaan dan rakyat Malaysia mengenai kebocoran data yang semakin berleluasa.
Mesej ini muncul tiga hari selepas Anonymous memuat naik mesej pertama berkaitan perkara yang sama.
Dalam mesej ini Anonymous Malaysia memberi maklum bahawa kes penipuan atas talian yang semakin menjadi-jadi kini, adalah disebabkan ada berlakunya kebocoran dan godaman ke atas maklumat peribadi individu.
Dakwa mereka lagi, maklumat ini kemudiannya dijual secara haram kepada pihak ketiga.
Bagi menyokong dakwaan tersebut, kumpulan tersebut berkata ada pegawai kerajaan dan vendor menerima rasuah dengan menggodam dan menguasai sistem serta melepaskan warga asing.
Selain itu, video berdurasi 4 minit itu yang masih belum dipastikan kesahihannya, mereka memberi amaran bahawa kumpulan itu tahu dalang di sebalik jenayah penjualan data secara haram ini.
Mereka juga mendakwa tahu siapa pegawai kerajaan dan ahli politik yang menerima rasuah bagi melindungi kegiatan judi atau peras ugut sekian lama.
Mesej pertama kumpulan ini Selasa lalu turut mendakwa terdapat beberapa kes kebocoran data oleh syarikat telekomunikasi negara pada 2017 yang melibatkan sebanyak 46 juta nombor telefon bimbit pengguna di Malaysia
#Anonymous Malaysia
#penggodam
#data peribadi
#kerajaan malaysia
#SKMM
#Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
#warga asing
#Malaysia
#Rasuah
#jenayah