Annuar Musa tampil beri keterangan kepada Jawatankuasa Audit Dalaman Mara

Astro Awani
April 25, 2017 04:19 MYT
Annuar tampil beri keterangan di ibu pejabat Mara hari ini. - Gambar fail
Ahli Parlimen Ketereh, Tan Sri Annuar Musa tiba di Ibu pejabat Majlis Amanah Rakyat (Mara), di sini kira-kira pukul 10.30 pagi tadi bagi memberi keterangan kepada Jawatankuasa Audit Dalaman Mara.
Beliau dipanggil bagi memberi keterangan berhubung beberapa isu membabitkan agensi itu terutama soal penajaan kepada pasukan bola sepak Kelantan.
Annuar sebelum ini dinasihatkan bercuti sementara daripada menjalankan tugas sebagai Pengerusi Mara dan Pengerusi Pelaburan Mara Berhad (PMB) dalam satu mesyuarat yang diadakan oleh Ahli Majlis Mara pada 31 Januari lalu
Februari lalu, Annuar turut disoal siasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di Putrajaya atas dakwaan penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dana.
#Annuar Musa #audit #keterangan #MARA #penajaan #SPRM