Annuar Musa suarakan sokongan terhadap UEC

Hafiz Marzukhi
Mac 15, 2017 07:13 MYT
ANNUAR: Kerajaan tidak boleh menjadikan ribuan calon UEC mangsa atas alasan penggunaan Bahasa Melayu dan subjek lain termasuk Sejarah. -Gambar fail
Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa hari ini mendesak kerajaan mengiktiraf sijil Unified Examination Certificate (UEC) untuk mengelak bakat tempatan meninggalkan negara ini.
“Tiada sebab untuk tidak mengiktirafnya. Ia tidak mencabuli Perlembagaan, jadi mengapa tidak?” kata Annuar kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.
Beliau berkata kerajaan tidak boleh menjadikan ribuan calon UEC ‘mangsa’ atas alasan penggunaan Bahasa Melayu dan subjek lain termasuk Sejarah.
“Jika ada dakwaan UEC tidak selari dengan Polisi Pelajaran Kebangsaan, tunjukkan pada saya, bahagian yang mana?”
“Oleh itu, kita perlu duduk untuk berbincang perihal ini dengan parti-parti berkaitan,” kata Annuar.
#Melayu #Tan Sri Annuar Musa #Unified Examination Certificate