Annuar Musa selesai beri keterangan kepada polis kes dakwaan langgar SOP

Astro Awani
Februari 16, 2021 21:58 MYT
Sebelum ini, gambar Annuar bersama beberapa individu duduk di sebuah meja menikmati jamuan tular dalam media sosial. - Gambar fail/ Bernama
KUALA LUMPUR: Menteri Wilayah Persekutuan, Tan Sri Annuar Musa selesai memberi keterangan kepada polis berhubung dakwaan tidak mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) semasa menghadiri majlis baru-baru ini.
"Alhamdulillah dari 12.30 tengah hari hingga 2.30 petang tadi saya berikan kenyataan dan kerjasama kepada PDRM (Polis Diraja Malaysia) yang menyiasat kononnya saya melanggar SOP.
"Baru lega dapat bercerita apa yang berlaku, di mana, situasi apa, di sebalik sekeping foto. Biarlah pihak berwajib jalankan tugas tanpa gangguan," katanya dalam ciapan menerusi akaun Twitter rasminya hari ini.

Alhamdulillah,dari 12.30 tengahari hingga 2.30 ptg tadi saya berikan kenyataan dan kerjasama kpd PDRM yg menyiasat kononnya saya melanggar SOP.Baru lega dpt bercerita apa yg berlaku,di mana,situasi apa,di sebalik sekeping foto.BIARLAH PIHAK BERWAJIB JALANKAN TUGAS TANPA GANGGUAN. pic.twitter.com/l2sSs6ddmp

— Annuar Musa (@AnnuarMusa) February 16, 2021
An error occurred while retrieving the Tweet. It might have been deleted.
Annuar bagaimanapun tidak menyatakan lokasi atau nama balai yang terbabit.
Sebelum ini, gambar Annuar bersama beberapa individu duduk di sebuah meja menikmati jamuan tular dalam media sosial.
Difahamkan, polis juga telah memanggil penganjur majlis berkenaan untuk diambil keterangan bagi membantu siasatan.
#Annuar Musa #tidak patuhi #SOP #PKP #majlis #duduk semeja #polis #selesai #beri keterangan
;