Annuar mahu kementeriannya kini dirujuk sebagai K-KOMM, bukan lagi KKMM

Ridauddin Daud
Mac 17, 2022 13:28 MYT
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mahu Kementerian Komunikasi dan Multimedia selepas ini tidak lagi dirujuk sebagai KKMM.- Foto BERNAMA
KUALA LUMPUR: Menteri Komunikasi dan Multimedia, Tan Sri Annuar Musa mahu Kementerian Komunikasi dan Multimedia selepas ini tidak lagi dirujuk sebagai KKMM.
Sebaliknya, beliau mahu kementerian itu, bermula pada Khamis, 17 Mac 2022, dikenali sebagai K-KOMM, menggantikan KKMM yang digunakan selama ini.
“Seramai 11 ahli Yang Berhormat membahaskan perkara-perkara yang berkaitan dengan Kementerian Komunikasi dan Multimedia yang saya harap selepas ini dirujuk sebagai K ‘dash’ KOMM (K-KOMM), bukan lagi KKMM.
“Mulai hari ini, K-KOMM dan menterinya dirujuk sebagai Men KOMM (MenKOMM), Menteri Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Komunikasi dan Multimedia,” katanya di Dewan Rakyat pada Khamis.
Beliau berkata demikian pada awal penggulungan perbahasan usul Menjunjung Kasih Titah Diraja bagi Kementerian Komunikasi dan Multimedia di Dewan Rakyat pada Khamis.
Kementerian Komunikasi dan Multimedia dikenali sebagai K-KOMM
#Annuar Musa #Dewan Rakyat #Kementerian Komunikasi dan Multimedia #KKMM #K-KOMM #MenKOMM
;