'Annuar boleh hidup dengan angan-angan' - Fahmi Fadzil
Astro Awani
Januari 15, 2025 23:12 MYT
Januari 15, 2025 23:12 MYT
PUTRAJAYA: Pengarah Komunikasi Pakatan Harapan (PH) Fahmi Fadzil menyindir Pengerusi Muafakat Nasional, Tan Sri Annuar Musa agar boleh meneruskan hidupnya dengan angan-angan.
Ia susulan hantaran bekas Ahli Parlimen Ketereh itu berkaitan Perdana Menteri ke-11.
"Belum pilihan raya lagi. Beliau boleh hidup dengan angan-angannya," katanya.
Fahmi berkata demikian menerusi sidang akhbar mingguan pasca Mesyuarat Kabinet di Putrajaya pada Rabu.
Annuar yang juga bekas Menteri Komunikasi menerusi hantaran di laman Facebooknya memberi bayangan akan berlaku pertukaran Perdana Menteri.
Meskipun tidak menyatakan tempoh masa, hantaran yang bertajuk Selamat Datang Perdana Menteri Ke-11 dan turut memuat naik sekeping gambar pertemuan beliau dengan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mengundang spekulasi.
Katanya, adalah tidak mustahil Perdana Menteri yang baharu bakal menjadi penyatuan orang Melayu, Bumiputera dan umat Islam seluruh negara di samping memperkukuh Perpaduan Nasional pelbagai kaum.