Anjing liar tiada pembelaan
Astro Awani
Disember 30, 2012 11:26 MYT
Disember 30, 2012 11:26 MYT
Sejumlah 7500 anjing liar berjaya ditangkap Dewan Bandaraya Kuala Lumpur DBKL tahun ini.
Ia mencatatkan bilangan tertinggi haiwan itu yang ditangkap berbanding kucing sebanyak 1493 ekor.
Namun masalah anjing jalanan masih berleluasa sekaligus menimbulkan keresahan orang ramai.
Bagi kucing, haiwan ini bernasib baik, kerana diselamatkan badan bukan kerajaan atau aktivis haiwan.
Namun malang nasibnya anjing-anjing liar.
Haiwan ini jarang dituntut dan hanya menunggu masa untuk dilupuskan.