Anis Abot penerima Anugerah Perdana Maulidur Rasul

Astro Awani
Januari 24, 2013 13:12 MYT
Bekas Yang Dipertua Majlis Islam Sarawak dan bekas mufti Sarawak, Datuk Seri Anis Abot dipilih sebagai penerima Anugerah Perdana sempena sambutan Maulidur Rasul peringkat kebangsaan.
Anugerah disampaikan Yang Dipertuan Agong Tuanku Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah dalam majlis yang berlangsung di Masjid Putra, Putrajaya.
Sambutan kali ini dimulakan dengan perarakan Maulidul Rasul dari persimpangan Lebuh Bistari dan Persiaran Perdana ke Masjid Putra sejauh 1.7 kilometer.
Perarakan disertai 12,973 orang dariapda 154 kontinjen terdiri dariapda jabatan kerajaan, pertubuhan bukan kerajaan, swasta, institut pengajian tinggi dan sekolah.
#Anugerah Perdana #Datuk Seri Anis Abot #Maulidur Rasul #Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah
;