Angkat golongan belia sebagai pembentuk budaya, ekonomi negara

Ehsan A Marisah
September 5, 2022 14:34 MYT
Belia adalah pembentuk budaya dan pemacu ekonomi digital, di samping memiliki semangat yang berani serta progresif dalam menghadapi kemungkinan baharu. - Foto Maxis
MENGIKTIRAF belia Malaysia sebagai pemimpin kini dan masa depan.
Itu mesej yang hendak disampaikan syarikat telekomunikasi, Maxis dalam filem pendek terbaharunya bertajuk “Apalah Generasi ini?”.
Filem yang berdurasi tiga minit itu juga dihasilkan bersempena dengan sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022.
Ia memberi penghormatan kepada belia sebagai pembentuk budaya dan pemacu ekonomi digital, di samping meraikan semangat mereka yang berani serta progresif dalam menghadapi kemungkinan baharu.
Di samping itu, filem berkenaan turut cuba memahami cabaran dan kepayahan yang perlu dilalui mereka dalam mencari pekerjaan.
Sering kali juga anak muda tempatan dilihat sebagai melanggar norma dan melakukan sesuatu yang baharu.
Filem itu turut mendedahkan suasana temu duga yang menyaksikan kebanyakan anak muda kini bekerja sebagai pencipta kandungan dan pembuat video, serta memiliki kemahiran digital yang berpotensi besar kepada masa depan negara.
Meskipun, sesetengah masyarakat mengecam dan menafikan kemampuan pekerjaan tersebut, bagaimanapun ia secara tidak langsung mampu menginspirasi orang ramai, menyemai semangat untuk hidup, bekerja dan pada masa yang sama berhibur dalam dunia digital.
Anda boleh menonton filem penuh “Apalah Generasi ini?” di sini:
Sementara itu, menyemarakkan lagi Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2022, Maxis baru-baru ini melancarkan Jualan Maxis dengan diskaun dan tawaran hebat untuk pelbagai peranti mudah alih dan rumah kepada pelanggan untuk meningkatkan gaya hidup digital mereka agar sentiasa ke hadapan dengan kemungkinan baharu.
Ia menampilkan telefon pintar terbaharu, TV pintar, komputer riba, tablet dan banyak lagi dan berlangsung hingga 30 September ini.
Pelanggan juga boleh membeli pelan sambungan dan hiburan gabungan terbaik untuk memenuhi setiap keperluan mereka.
Untuk maklumat lanjut, layari maxis.com.my, hotlink.com.my atau mana-mana kedai Maxis berhampiran anda hari ini.
*Artikel ini adalah kandungan berbayar.
#Hari Kebangsaan #Hari Malaysia #Maxis #iklan merdeka
;