KOTA BELUD: Sebuah ambulans yang sedang dalam perjalanan membawa pesakit ke Kota Kinabalu terbabas dan bertembung dengan sebuah kenderaan lain selepas seekor kerbau melintas jalan dalam kejadian di Jalan Kesapang, di sini, pada awal pagi Khamis.
Bagaimanapun, dalam kejadian kira-kira jam 1.30 pagi itu, pemandu ambulans lelaki berusia 40 tahun bersama penumpang iaitu seorang doktor dan jururawat wanita masing-masing berusia 30 dan 41 tahun serta seorang pesakit wanita berusia 37 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan.
Ketua Polis Daerah Kota Belud, Superintendan Shahrudin Mat Husain berkata, kemalangan itu melibatkan dua kenderaan iaitu ambulans dan sebuah pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max.
"Hasil siasatan awal mendapati ambulans milik Hospital Kota Marudu dalam perjalanan membawa pesakit ke Hospital Queen Elizabeth (HQE) Kota Kinabalu.
"Sebaik tiba di lokasi, ambulans berkenaan terlanggar seekor kerbau yang tiba-tiba melintas di hadapan dan menyebabkan pemandu hilang kawalan lalu masuk ke lorong bertentangan dan terlanggar sebuah pacuan empat roda yang dipandu seorang lelaki berusia 28 tahun," katanya ketika dihubungi Sinar Harian pada Khamis.
Katanya lagi, akibat kejadian itu haiwan yang menjadi punca kemalangan terbabit mati di lokasi kejadian.
"Kedua-dua pemandu bersama tiga penumpang termasuk doktor, jururawat dan pesakit tidak mengalami kecederaan.
"Bagaimanapun, kes masih disiasat di bawah Peraturan 10 Kaedah-Kaedah Lalulintas Jalan 1959 (Peraturan 10 LN 166/59)," katanya.
Sebelum itu, tular di media sosial mengenai kemalangan itu dipercayai salah seorang mangsa yang terlibat memaklumkan kejadian berpunca daripada kerbau berkenaan. - Sinar Harian
Sinar Harian
Thu Sep 08 2022
Kemalangan itu melibatkan dua kenderaan iaitu ambulans dan sebuah pacuan empat roda jenis Isuzu D-Max. - Gambar/ Sinar Harian
Palsu dokumen UMS: Rayuan akhir Peter Anthony ditangguh ke 9 Jan
Keputusan rayuan akhir Peter Anthony yang didapati bersalah memalsukan dokumen berhubung kontrak kerja di UMS ditangguhkan ke 9 Jan tahun depan.
Semak semula penambahan tiga jam waktu bekerja bagi jururawat
Ahli Parlimen Bentong, Young Syefura Othman menggesa agar KKM dan JPA menyemak semula keputusan yang mewajibkan tambahan tiga jam bekerja seminggu untuk jururawat wad mulai 1 Disember ini.
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
#SisiTVParlimen #AWANInews #DewanRakyat
Paras air Sungai Golok di Tanah Merah melepasi paras bahaya
Sungai Golok di Jenob, Tanah Merah telah melepasi paras bahaya dengan ketinggian 25.15 meter (bahaya 23.50 meter) setakat 2.30 petang ini.
Penamatan SSA DNB-TM: Akses 5G pengguna tidak terjejas - Gobind
Beliau berkata perjanjian akses 5G antara DNB dan TM yang dimeterai pada 30 Okt 2022 adalah masih terpakai.
Hamas nyatakan sokongan kepada usaha tamatkan konflik
Hamas menyatakan bahawa pihaknya menyokong usaha merealisasikan perjanjian gencatan senjata di antara Israel dan Hezbollah bagi menamatkan konflik yang berlarutan di Lubnan ketika ini.
Pihak berkuasa Indonesia perhebat operasi SAR di Sumatera Utara
Pihak berkuasa Indonesia terus memperhebat operasi mencari dan menyelamat (SAR) dalam usaha mencari 15 mangsa yang dilaporkan maut dalam tragedi tanah runtuh dan banjir kilat yang melanda Sumatera Utara pada Sabtu.
AWANI Ringkas: MetMalaysia keluar amaran hujan sangat lebat berterusan
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sanusi kata ada komplot gagalkan pelaburan, saya tetap sokong Hyundai masuk ke Kedah – PM
Perdana Menteri menegaskan adalah keputusannya untuk membawa masuk pelaburan syarikat permotoran gergasi Korea Selatan, Hyundai Motor untuk bertapak di Kedah.
Enam lelaki bertopeng samun tiga kilogram emas
Enam lelaki bertopeng melarikan kira-kira tiga kilogram emas dalam kejadian samun di hadapan sebuah premis pemprosesan emas di Ipoh.
Malaysia kutuk ujian peluru berpandu Korea Utara – PM Anwar
Malaysia mengutuk ujian peluru berpandu balistik yang dijalankan oleh Korea Utara pada 31 Oktober lalu.
Jangkitan novel koronavirus di Jepun 96 orang
Enam kes baharu jangkitan novel koronavirus dilaporkan di atas kapal persiaran Diamond Princess, di pelabuhan Yokohama, Jepun pada Ahad.
Ambulans bawa wanita mengandung dirempuh SUV
Seorang wanita mengandung berhadapan detik cemas selepas ambulans yang mengejarnya ke Hospital Umum Sarawak terbalik, selepas dirempuh sebuah SUV di Kuching, pagi Selasa.