Angkara dadah, adik mati bergaduh dengan abang

Astro Awani
Oktober 2, 2016 18:52 MYT
Anggota polis mengangkat mayat yang ditemukan dalam kejadian amuk dan bunuh membabitkan seorang lelaki dan seorang wanita di Kampung Lanai, Kupang, hari ini. - Gambar Bernama
Angkara dadah, dua saudara maut.
Seorang lelaki mengamuk sebelum memukul adik dan ibu saudaranya sehingga maut di kediaman mereka di Kampung Lanai, Parit Panjang di sini.
Dalam kejadian jam 9.50 pagi itu, suspek, yang berusia 31 tahun, dikatakan tiba-tiba mengamuk sebelum memukul adiknya, Muhammad Azuan Wahab, 25 tahun yang lumpuh dengan pengukur kelapa dan kayu di kepala menyebabkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Suspek kemudiannya keluar dan pergi ke kedai untuk membeli rokok.
Kelibat suspek yang pelik dilihat ibu saudaranya Rokiah Abdullah, yang juga pemilik kedai itu dan mengekori suspek sehingga ke halaman rumah.
Rokiah cuba memujuk suspek. Bagaimanapun, secara tiba-tiba suspek mengambil seketul bata lalu melibas ke kepala mangsa.
Rokiah rebah dan jatuh di bawah pokok pisang dengan berlumuran darah.
Pihak polis telah menerima laporan mengenai kejadian itu dan sedang menyiasat.
#che piah shafie #jenayah #Kampung Lanai #Kupang #mohd azuan wahab #zurina wahab
;