Angin kencang, ombak besar membadai pantai Pulau Pinang

Astro Awani
Oktober 7, 2014 03:19 MYT
Ombak setinggi 2 hingga 3.5 meter membadai kawasan Gurney Drive dan Padang Kota Lama, membasahi laluan pejalan kaki.
Ombak besar yang melanda pantai Pulau Pinang Isnin, susulan angin kencang disebabkan musim peralihan monsun, dijangka membadai Pantai Barat sehingga minggu depan.
Ombak setinggi 2 hingga 3.5 meter membadai kawasan Gurney Drive dan Padang Kota Lama, membasahi laluan pejalan kaki.
Sementara itu, laut bergelora dan ombak besar dilapor menghanyutkan pukat dan merosakkan dua bot nelayan di Pantai Bersih.
Ramalan Pusat Kaji Cuaca Jabatan Meteorologi berkata angin barat-barat daya membadai dengan kekuatan 40km hingga 50km sejam, menyebabkan ombak besar di perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Miri, Sabah dan Labuan.
Pengarahnya, Muhammad Helmi Abdullah, berkata keadaan laut bergelora dan menasihatkan nelayan agar tidak keluar ke laut.
Keadaan ini dijangka berterusan sehingga 15 Jun.
Arahan dikeluarkan kepada nelayan di negeri Perlis dan Kedah agar tidak turun ke laut sehingga keadaan kembali seperti biasa.
#Gurney Drive #monsun #Padang Kota Lama #pulau pinang
;