Angin kencang, laut bergelora hingga Rabu depan - MetMalaysia

Bernama
Oktober 15, 2016 13:42 MYT
Angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, kata MetMalaysia.
Angin kencang barat daya berkelajuan 40 hingga 50 kilometer sejam dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter dijangka melanda kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak (Rejang, Mukah, Bintulu dan Miri), Wilayah Persekutuan Labuan dan Sabah (Pedalaman, Pantai Barat, Kudat dan Sandakan) sehingga Rabu depan.
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam kenyataan hari ini berkata kejadian air pasang besar juga dijangka berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak dan Selangor yang menyebabkan peningkatan paras air laut.
Angin kencang dan laut bergelora ini berbahaya kepada bot-bot kecil, rekreasi laut dan sukan laut, kata MetMalaysia. - Bernama
#angin kencang #Kedah #MetMalaysia #Perlis #pulau pinang #Sarawak
;