Angin kencang dan laut bergelora dijangka berterusan sehingga Rabu depan
Bernama
September 24, 2015 19:36 MYT
September 24, 2015 19:36 MYT
Angin kencang barat daya yang berlaku di perairan Condore, Reef North, Layang-layang, Palawan dan Sulu dijangka berterusan sehingga Isnin depan.
Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan pada Rabu berkata angin kencang pada kelajuan antara 40 dan 50 kilometer sejam dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 3.5 meter itu berbahaya kepada bot kecil, aktiviti rekreasi, dan sukan laut.
Ribut petir yang berlaku di perairan Kota Kinabalu dan Labuan pula dijangka berterusan sehingga lewat petang Khamis.
Selain itu, ketampakan rendah kurang dari lima kilometer di sekitar perairan Selat Melaka Selatan, Bunguran, Tioman, Kuching, Reef South, Negeri Sembilan, Melaka, Pahang dan Johor dijangka berterusan sehingga Jumaat depan.
"Keadaan ini berbahaya kepada kapal yang tidak mempunyai navigasi pelayaran," tambah kenyataan itu.