Angin kencang Barat Daya dijangka berterusan sehingga Rabu ini
Bernama
Julai 5, 2015 23:20 MYT
Julai 5, 2015 23:20 MYT
Gambar fail kerosakan teruk berikutan angin kencang yang melanda kawasan Kiulu, Tamparuli, Sabah semalam. - Foto Astro AWANI
Angin kencang Barat Daya yang berlaku di kawasan perairan Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Sarawak (Miri), Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan, dijangka berterusan sehingga Rabu ini.
Jabatan Meteorologi Malaysia, dalam kenyataan hari ini, berkata keadaan itu menyebabkan angin berkelajuan antara 40 hingga 60km sejam (kmsj) dengan ombak mencapai ketinggian sehingga 4.5m.
Keadaan angin kencang dan laut bergelora itu berbahaya kepada semua aktiviti laut dan pantai termasuk menangkap ikan serta perkhidmatan feri.
Kenyataan itu menyebut situasi yang sama juga berlaku di perairan Phuket, Condore, Reef North, Layang-Layang, Palawan dan Sulu.